Pages

KPT UiTM Cabaran Orienteering 1 Malaysia Edisi ke 3

KPT UiTM Edisi ke 3 2012 dari Lensa Mata Juni0r si TroubleMaker by Sekapek Sapex on Tuesday, May 8, 2012 at 12:35pm

Pasir Gudang bukanlah syurga kepada sektor perlancongan negara kerana dikawasan ini lebih tertumpu kepada sumber perindustrian dan perdagangan. Kawasan yang sibuk dan hampir dengan negara jiran, Singapura menjadi lokasi terbaru pertandingan orienteering yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama UiTM. Bertempat di Perkarangan Dewan Al-Hamra Pasir Gudang, disini lah berhimpunnya hampir 1600 orang pelajar institut pengajian tinggi awam mahupun swasta. Satu fenomena yang jarang dilihat apabila mampu berkumpulnya pelajar seramai ini untuk menyertai aktiviti sukan rekreasi. Selami keunikan aktiviti orienteering ini seperti catatan sekapeksapextreme.

Pusat Sukan UTeM Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka melalui Pegawai Belia dan Sukan, Puan Siti Sarah Bte Bujang telah mengambil langkah bijak dengan menghantar 20 orang atlet orienteering UTeM ke kejohanan KPT UiTM Cabaran Orienteering 1 Malaysia Edisi ke 3 baru – baru ini yang diadakan di kawasan parlimen Pasir Gudang, Johor. Program tahunan pihak KPT dan UiTM menjadi lubuk kepada para atlet UTeM untuk mencari kejuaraan dan mempertahankan kedudukan tempat ke 4 bagi kategori siswa dan siswi yang dimenangi pada Edisi ke 2 di Pagoh, 2011. Kontinjen Atlet Orienteering UTeM Rogainers Orienteers Club ini turut disertai oleh Peg. Pengiring iaitu En. Shaiful Nizam B. Abd Karim dan juga selaku penasihat UROC.

Seramai 4 pasukan atlet lelaki dan 1 pasukan atlet wanita bertanding di kejohanan ini. Hadiah tempat pertama menawarkan wang tunai bernilai RM 1000.00, medal, morque check dan juga piala pusingan. Bertempat di Dewan Al-Hamra pada pukul 9.30 pagi, sesi pelepasan peserta pertandingan telah diadakan. Permainan orienteering kali ini adalah berdasarkan konsep ‘score-relay’. Pihak teknikal memberi masa sebanyak 3 jam untuk peserta mencari 20 titik kawalan atau ‘checkpoint’ dengan lingkungan jejari 15 km dari kawasan permulaan. Ini bermakna untuk pelepasan pertama, 2 orang atlet akan berlari dahulu dan menyelesaikan tugasan dalam masa 1 jam 30 min sahaja.

Permainan orienteering ini sangat tektikal dan memerlukan peserta memikirkan strategi terbaik untuk menang dalam pertandingan ini. Alhamdulillh, berkat kesungguhan semua atlet, mereka berjaya menamatkan perlumbaan kurang dari 3 jam. Bermacam halangan ditempuh kerana kawasan Pasir Gudang terkenal dengan Lori-Lori Kontena yang sangat besar dan laluan trafik yang agak sesak pada waktu puncak. Antara masalah yang dihadapi oleh peserta adalah factor cuaca yang sangat panas pada waktu tengahari dan kekurangan kawasan ‘water point’. Tapi dengan berbekalkan semangat UTeM Cemerlang, mereka terus gigih berlari tanpa menghiraukan rintangan yang mendatang.

Majlis Penutup Kejohanan KPT UiTM Cabaran Orienteering 1 Malaysia Edisi ke 3 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khalid B. Nordin pada 8 April 2012. Akhirnya berkat kesungguhan para atlet UTeM, dengan berbekalkan duit poket sendiri untuk menyewa homestay, membayar yuran pertandingan dan membeli makanan, mereka telah membuktikan bahawa dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Pasukan Lelaki UTeM telah berjaya mendapat tempat ke 14, 17, 18 dan 21 daripada 122 pasukan bertanding dari seluruh Malaysia.Tetapi kegusaran bermain di riak wajah kepada semua atlet untuk pengumuman kategori wanita. Semasa no Bib diumumkan dari no 10 ke no 3, nama UTeM masih belum muncul. Ketika ini, penulis sudah duduk kelesuan dan menutup mata kerana impian dan janji kepada Puan Sarah untuk tempat pertama tidak berjaya. Allah Maha Berkuasa..dalam keriuhan dan debaran untuk pengumuman tempat pertama..pengacara majlis membuatkan semua ternanti nanti. 'Pemenang tempat pertama KPT UiTM Cabaran Orienteering 1 Malaysia Edisi ke 3 memakai bib no W00..00..92.. dari UTeM..penulis terus melompat kegembiraan dan disorak oleh rakan atlet semua. Hanya lagu We are the Champion nyanyian Queen bermain di minda penulis ketika itu. Kejayaan ini sangat manis apabila pasukan tunggal Wanita UTeM telah berjaya memenangi tempat pertama dan Johan Kejohanan KPT UiTM Cabaran Orienteering 1 Malaysia Edisi ke 3. Mereka membawa pulang wang tunai bernilai RM 1000.00, piala pusingan, medal dan morque check. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Atlet Orienteering UTeM kerana berkat kesusahan dan kepayahan serta program latihan Atlet yang dirangka hampir 2 bulan membuahkan hasil. Pasti nya ulangan kejayaan atlet di edisi ini telah mengharumkan nama UTeM di persada sukan Orienteering Malaysia. Bagi penulis, kejayaan ini adalah kejayaan bersama tidak kira atlet lelaki mahupun wanita kerana TALENT WIN GAME BUT TEAMWORK WIN CHAMPIONSHIP. Kesungguhan dan penat lelah semua atlet dan pegawai terbalas. Segunung perhargaan diberikan kepada Presiden UROC merangkap Ketua Latihan Atlet iaitu Saudara Afique Mellark diatas jadual program yang telah disusun untuk semua atlet.

Kesinambungan rentetan ini adalah satu kejayaan manis kepada Atlet Orienteering UTeM yang sebelum ini menyapu bersih 11 pingat dari 16 pingat yang di pertandingkan semasa pertandingan INTER IPT ORIENTEERiNG CUP 2011 di Kuala Woh, Tapah Perak yang lalu. Tentunya nama UTeM Rogainers Orienteers Club (UROC) mula meniti di bibir peminat sukan orienteering negara dan diharapkan kejayaan ini dapat diteruskan di masa akan datang dengan sokongan penuh dari pihak universiti dalam melahirkan lebih banyak jaguh orienteering negara untuk ke peringkat antarabangsa.

Gambar 1: Wajah-wajah sebahagian atlet semase perjalanan pergi ke Pasir Gudang.

/

Gambar 2: Atlet UTeM sedang melakukan regangan sebelum pertandingan.

/

Gambar 3: Sesi taklimat dan penerangan tentang permainan sedang dilakukan.

Gambar 4: Peta Pasir Gudang yang dicongak menjadi route game oleh Kapten Afiq.

Gambar 5: Laluan atau "Route" yang sebenar.

Gambar 6: "Start-Finish" Pelepasan sebahagian peserta.

Gambar 7: Alhamdulillah rezki, selesai acara makan kenduri d rumah Farahin.

Gambar 8: Bersantai tepi pantai, melihat penduduk mencari umpun-umpun.

Gambar 9: Bersantai di pondok tepi pantai, nasib x roboh.

/

Gambar 10: Majlis Makan Malam.

Gambar 11: Erkkk...masing-masing kekenyangn.

Gambar 12: We Are The Champions-dari kiri Jaa Dija, Mama Linda (Pengurus UROC di Pasir Gudang), Farahin Fadzil, Farhana Rashid dan Nur Jirah.

Gambar 13: Keceriaan terserlah di setiap wajah ATLET ORIENTEERING UTeM.

cc to :sekapeksapextreme

pic : Afiq

editor :http://arenis007.blogspot.com/